Apakah Misi Dan Nilai-nilai Yang Diamalkan PKC?

2021-08-28 16:26:08  CRI
Share with:

Dokumentari “Misi dan Sumbangan Parti Komunis China (PKC)” yang diterbitkan baru-baru ini mengandungi penerangan yang boleh diguna menjawab sejumlah soalan seperti apakah jenisnya, dari mana datangnya dan bagaimana masa depannya PKC.

Apakah Misi Dan Nilai-nilai Yang Diamalkan PKC?_fororder_gcd

Menurut dokumentari tersebut, berkhidmat secara setulus ikhlas demi rakyat merupakan manifesto asas PKC. Di bawah pimpinan PKC, rakyat China berjaya membasmi kemiskinan mutlak dan dapat menjalani kehidupan yang semakin kaya. Semakin ramai penduduk berasa selamat dan dijadikan relevan dalam pembangunan masyarakat negara ini.

Apakah Misi Dan Nilai-nilai Yang Diamalkan PKC?_fororder_gcd2

Selain itu, rakyat sentiasa dijadikan keutamaan dalam pentadbiran PKC. Sejak tercetusnya wabak COVID-19, PKC dan kerajaan China yang berpandukan 'mendahulukan rakyat dan keselamatan nyawa', giat menyelamatkan pesakit, menjalankan ujian asid nukleik untuk segala rakyat dan melaksanakan pemvaksinan di peringkat kebangsaan, dengan tujuannya melindungi keselamatan dan kesihatan setiap orang.

Apakah Misi Dan Nilai-nilai Yang Diamalkan PKC?_fororder_gcd3

Pada masa yang sama, PKC sama sekali tidak berganjak dari melindungi sistem antarabangsa yang berteraskan PBB, menentang amalan hegmonisme dan permainan politik kuasa besar, dan menyumbang kebijaksanaan serta tenaga tersendiri bagi keamanan dunia. Sementara itu, PKC juga berusaha meningkatkan kerjasama dalam pembangunan antarabangsa, mengekalkan jalan pembangunan damai dan memperjuangkan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan.

Apakah Misi Dan Nilai-nilai Yang Diamalkan PKC?_fororder_gcd4

高蕾