Kenapa PKC Boleh Ciptakan Keajaiban Pembangunan?

2021-08-28 15:40:56  CRI
Share with:

Kenapa PKC Boleh Ciptakan Keajaiban Pembangunan?_fororder_微信图片_20210828153952

Pada beberapa dekad lalu, China berjaya menciptakan keajaiban pembangunan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah silam. Ramai penganalisisi antarabangsa menganggap itu tidak terlepas dari pimpinan Parti Komunis China (PKC). Dokumentari terkini "Misi dan Sumbangan PKC" terbitan Jabatan Populisiti Jawatankuasa Pusat PKC membentangkan dengan terperinci usaha PKC memimpin rakyat dalam mewujudkan keajaiban pembangunan itu.

Tercapainya kejayaan pembangunan China adalah disebabkan PKC mengekalkan semangat berdikari dan inisiatif, memimpin rakyat merintis satu jalan pembangunan sosialis yang bercirikan China yang bersesuaian dengan keadaan negara China, dan bertindak inisiatif dalam menjana pembangunan. China yang sudah berjaya merintis satu jalan pemodenan yang baharu, telah mencipta model tamadun manusia yang baharu, sekali gus menafikan doktrin yang beranggapan bahawa modenisasi hanya dapat dicapai dengan mengamalkan model kapitalis.

Kenapa PKC Boleh Ciptakan Keajaiban Pembangunan?_fororder_微信图片_20210828153958

Selain mengekalkan jalan pembangunan sendiri,  mempertimbangkan arus zaman dunia, mematuhi hukum pembangunan dan mengambil sikap praktis dan realistik, pun merupakan pengalaman yang penting yang ditimba PKC dalam menjayakan pembangunan. Baik pada fasa revolusi, mahupun pada fasa penbangunan dan pembaharuan, PKC sentiasa bersemangat inovatif mengamalkan nilai praktis dan realistik dalam usaha merintis jalan-jalan yang baharu.

Pada dewasa ini, China yang sudah merealisasikan matlamat pembangunan masyarakat yang makmur sederhana secara menyeluruh,  sedang berusaha memperjuangkan pembangunan yang menyeluruh untuk setiap umat manusia dan matlamat bersama-sama menjadi kaya. Walaupun akan menghadapi banyak risiko dan cabaran pada masa depan, PKC  yang sudah berjaya mengecapi pencapaian cemerlang pada seratus tahun yang lalu,  berpengalaman dan berkemampuan memimpin rakyat China mengatasi risiko dan menyahut cabaran tersebut, mempertahankan pembangunan yang lestari dan stabil, malah memberikan sumbangan tersendiri kepada pembangunan dunia yang lebih baik.

曹捷