Barang Pencegahan Wabak Sumbangan China Tiba Myanmar

2021-08-28 15:14:10  CRI
Share with:

Barang Pencegahan Wabak Sumbangan China Tiba Myanmar_fororder_md2

Kementerian Luar China telah menyumbang barang pencegahan wabak COVID-19 kepada provinsi Kachin dan Shan yang bersempadan dengan China melalui saluran Mekanisme Perjanjian Pengendalian dan Kerjasama Sempadan China-Myanmar. Upacara berkenaan telah diadakan di kastam Houqiao, bandar Tengchong, provinsi Yunnan. Barang sumbangan kumpulan pertama untuk Kachin yang bernilai RMB1.555 juta (RM1 juta) turut dihantar ke Myanmar selepas berakhirnya upacara tersebut.

Barang Pencegahan Wabak Sumbangan China Tiba Myanmar_fororder_md

Barang pencegahan wabak tersebut merangkumi mask pelindung mulut dan hidung, sut pelindung pakai buang, gel penyahjangkitan, alat pengimbas inframerah terma dan alat oksigen mudah alih.

Konsul jeneral Myanmar di Kunming dalam upacara menerima sumbangan tersebut telah mengucapkan terima kasih kepada kerajaan China atas nama rakyat Myanmar. Menurutnya, barang pencegahan wabak sumbangan China membawa harapan dan sokongan besar kepada usaha melawan wabak di Myanmar, dan sememangnya memperlihatkan persahabatan tradisional kedua-dua negara dan konsep komuniti berkongsi nasib sesama China-Myanmar.

高蕾