Laporan Rungkai Asal Usul COVID-19 AS, Satu Lagi Farsa

2021-08-29 15:03:25  CRI
Share with:

“Laporan penyiasatan asal usul koronavirus baharu” yang diumumkan badan perisikan Amerika Syarikat (AS) yang meloloskan tanggungjawabnya akibat kegagalan memberikan sebarang kesimpulan yang jelas, memilih terus mengambinghitamkan China. Seterusnya White House mengeluarkan satu kenyataan untuk memfitnah China dengan alasan yang bukan-bukan seperti menolak berkongsi maklumat dan menghalang penyiasatan antarabangsa berkenaan.

Kesemua ini sekadar farsa yang olok-olok yang dilakonkan AS untuk mempolitikkan usaha merungkai asal usul COVID-19. Laporan yang diumumkan pihaknya kekurangan elemen saintifik dan sama sekali tidak boleh dipercayai.

Pada hakikatnya, sejak White House mengarahkan badan perisikan menerajui penyiasatan asal usul COVID-19 dan secepat mungkin mendapatkan “pencapaian” dalam tempoh masa tiga bulan, masyarakat antarabangsa sudah melihat jelas bahawa tujuan sebenar AS ialah mengambinghitamkan China dalam isu merungkai asal usul COVID-19 dan menyebarkan virus politik.

Tindakan AS yang “maling berteriak maling” dianggap mencabuli semangat sains dan mengabaikan keselamatan nyawa rakyat seluruh dunia.

Sikap yang saintifik, profesional dan bertanggungjawab yang ditunjukkan kerajaan China dalam isu merungkai asal usul virus boleh disaksikan umum dalam lingkungan global. Kumpulan pakar antarabangsa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pernah dua kali melawat China untuk menjalankan pengajian terhadap asal usul koronavirus baharu. Mereka telah mendapatkan semua bahan yang diperlukan dan menemui sesiapa pun mengikut kehendak mereka. Laporan pengajian diumumkan bersama-sama WHO dan China menunjukkan bahawa koronavirus baharu mustahil terbocor dari makmal. Kesimpulan ini terus mendapat sokongan dan persetujuan dari kalangan saintis global.

AS sebagai “suspek asal usul koronavirus baharu” sepatutnya dijadikan fokus dalam usaha merungkai asal usul virus WHO untuk fasa seterusnya.

Jika sesetengah politikus AS berpendapat bahawa terdapat kemungkinan koronavirus baharu terbocor dari makmal, maka bukalah pintu Port Detrick dan Universiti North Carolina kepada WHO untuk penyiasatan terbabit, dan mengumumkan data berkenan yang terkumpul dari kes peringkat awal di negaranya kepada dunia luar.

张宪