PKC Bercita-cita Menyumbang, Bukan Mengejar Hegemoni

2021-08-29 16:23:53  CRI
Share with:

Sebagai parti politik yang bercita-cita tinggi, Parti Komunis China (PKC) berhasrat membuat sumbangan kepada dunia, tetapi bukan mengejar dan mengamalkan hegemoni di dunia. Kenyataan sedemikian yang terkandung dalam dokumentari "Misi dan Sumbangan PKC" terbitan Jabatan Seranta Jawatankuasa Pusat PKC baru-baru ini, bukan sekadar slogan atau perisytiharan sahaja, malahan juga mencerminkan perjuangan dan praktik PKC yang sebenar dalam seratus tahun lepas.

"Dunia damai, barulah China boleh bangun. China maju, barulah dunia boleh bertambah baik." Inilah nilai asas yang diamalkan PKC tentang hubungan dengan dunia.

Dari Lima Prinsip Hidup Damai yang dikemukakan pada 1950-an hingga 'kedamaian dan pembangunan dijadikan arus zaman' sejak bermulanya pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, dari usul 'membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan' hingga saranan 'menjalinkan hubungan antarabangsa baharu', PKC sentiasa membekalkan kebijaksanaan tersendiri dalam memelihara kedamaian sejagat.

Sejak ditubuhkan, Repulik Rakyat China tidak pernah mencetus sebarang peperangan atau pergelutan, dan juga tidak pernah menceroboh seinci pun wilayah negara lain. Kini, China adalah penaja kedua terbesar tindakan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB yang menghantar paling banyak pasukan pengaman. Sementara itu, China juga berinisiatif dalam mendorong pembaharuan dan pembangunan sistem tadbir urus global dan sejak sekian lama berusaha gigih dalam pembanterasan kemiskinan dan antikeganasan.

PKC bercita-cita menyumbang kepada manusia melalui menggalakkan pembangunan bersama. Modenisasi kelihatan terwujud di negara membangun terbesar ini. Selain itu, China sudi merancakkan pembangunan bersama seluruh dunia berdasarkan pembangunan negara sendiri.

"Inisiatif Jalur dan Laluan" (BRI) menyediakan platform penting untuk merealisasikan pembangunan bersama itu. Konsep pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan yang dikemukakan PKC pula dilihat dapat membuka jalan yang menang-menang, bersifat membina dan berkongsi bersama.

Kini, wabak koronavirus baharu yang menular di merata-rata tempat di dunia menonjolkan makna komuniti berkongsi nasib. Ketika negara tertentu tidak berhenti mengamalkan hegemoni dan menjejaskan norma asas antarabangsa, PKC sedang giat menghulur bantuan dalam usaha membendung wabak, menggalakkan ekonomi dunia, dan memelihara keamanan serantau.

Perkembangan PKC pada masa silam telah menunjukkan, parti politik yang bercita-cita tinggi itu bukan sahaja memperjuangkan kebahagiaan rakyat China, malahan juga memperjuangkan kemajuan segenap umat manusia.

高蕾