Xi: Tingkatkan Solidariti Etnik, Dorong Pembangunan Berkualiti Tinggi

2021-08-29 15:46:01  CRI
Share with:

Xi: Tingkatkan Solidariti Etnik, Dorong Pembangunan Berkualiti Tinggi_fororder_1127804865_16301452182241n

Presiden China, Xi Jinping menekankan perlunya memperkasakan usaha bagi meningkatkan solidariti etnik dan mendorong pembangunan berkualiti tinggi.

Semasa berlangsungnya Sidang Kerja Etnik Pusat dari 27 hingga 28 Ogos di Beijing, Presiden Xi dalam ucapannya menekankan bahawa hendaklah membantu masyarakat meningkatkan kesedaran mengenai pembentukan komuniti kebangsaan China, mara mengikut jalan yang betul dan pendekatan bercirikan China ketika menangani isu-isu etnik, dan menggalakkan pertukaran serta meningkatkan solidariti etnik.

Xi: Tingkatkan Solidariti Etnik, Dorong Pembangunan Berkualiti Tinggi_fororder_1127804865_16301452611791n

Xi menuntut supaya mempercepatkan pembangunan modenisasi, meningkatkan taraf pengendalian dan penguatkuasaan undang-undang  selain mencegah dan menghapuskan risiko yang tersembunyi di kawasan yang berpenduduk etnik minoriti.

Di samping itu, Xi juga menyeru semua anggota Parti Komunis China dan masyarakat yang berbilang kaum di negara ini agar bersatu padu dan berusaha memperjuangkan matlamat Seratus Tahun kedua, iaitu membina China sebagai sebuah negara sosialis yang moden lagi kuat.

吕清