Genap 100 Hari Perayau Zhurong di Marikh

2021-08-30 13:13:07  CRI
Share with:

Genap 100 Hari Perayau Zhurong di Marikh_fororder_1630290507678_807_1265x814

Sempena hari ke-100 Zhurong, kenderaan perayau Marikh China menjalankan misinya di atas permukaan planet merah itu pada hari ini, Jabatan Pentadbiran Angkasa Kebangsaan China (CNSA) mengumumkan sekumpulan imej Marikh yang dirakam Zhurong.

Setakat ini, perayau Zhurong telah bergerak sejauh 1,064 meter ke selatan dari lokasi pendaratannya. Zhurong kini dalam keadaan baik dan mempunyai tenaga yang mencukupi.

Ia akan terus mengikuti mod pengesanan berkecekapan tinggi, menuju ke tempat pertemuan darat dan laut kuno di selatan untuk mendapatkan lebih banyak data ekspedisi saintifik.

Sempena hari yang bermakna ini, CNSA dan Bank Rakyat China bersama-sama melancarkan syiling emas dan perak memperingati misi penerokaan Marikh pertama China.

覃淼