56 Kaum Kekal Rapat Umpama Isi Delima

2021-08-30 15:48:51  CRI
Share with:

"Rapat-rapat umpama isi delima", ungkapan berbentuk metafora ini kerap kali disebut Presiden Xi Jinping bagi mencerminkan perpaduan kaum yang erat dan utuh di China.

Sebagaimana yang ditegaskan beliau ketika berada di Tibet pada Julai, dengan bersatu padunya kesemua 56 buah kaum, nescaya matlamat kebangkitan bangsa menjadi kenyataan.

Semasa mengadakan tinjauan di Heilongjiang pada Mei 2016, Xi menyatakan bahawa setiap etnik minoriti sentiasa di hati beliau, dan berharap agar kesemuanya kekal rapat bagaikan isi delima dan maju bersama.

Dalam suatu simposium mengenai Xinjiang pada 2014, Xi menekankan peri pentingnya saling memahami dan menghormati serta tolong-menolong antara pelbagai kaum.

56 Kaum Kekal Rapat Umpama Isi Delima_fororder_minzu1

56 Kaum Kekal Rapat Umpama Isi Delima_fororder_minzu2

56 Kaum Kekal Rapat Umpama Isi Delima_fororder_minzu3

56 Kaum Kekal Rapat Umpama Isi Delima_fororder_minzu4

Kem musim panas “Biji Delima” menghimpunkan kanak-kanak dari wilayah Zhejiang dan Xinjiang untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik pada 23 Julai.

董筱娉