Sulaman Tradisional Jana Pendapatan Lumayan

2021-08-30 15:39:53  CRI
Share with:

Kampung Huawu di pedalaman wilayah Guizhou, kini tampil dengan wajah baharu apabila projek sulaman menjadi punca rezeki buat penduduk tempatan.

Pada 2017, kampung itu berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan selepas wujudnya kemudahan asas seperti rangkaian jalan raya dan pemindahan orang ramai ke rumah baharu.

Sulaman Tradisional Jana Pendapatan Lumayan_fororder_xiu1

Sulaman Tradisional Jana Pendapatan Lumayan_fororder_xiu2

Sulaman Tradisional Jana Pendapatan Lumayan_fororder_xiu3

Di Huawu, 98 peratus penduduknya merupakan etnik Miao dan mereka sangat terkenal dengan kepandaian membuat sulaman.

Oleh itu, pihak berkuasa tempatan melancarkan inisiatif penempatan pekerjaan serta peluang menjana pendapatan menerusi projek sulaman.

Kini, ramai penduduk terlibat dalam projek yang boleh mendatangkan pendapatan lumayan itu.

Sulaman Tradisional Jana Pendapatan Lumayan_fororder_xiu4

Presiden Xi Jinping ketika mengadakan tinjauan ke sebuah bengkel sulam di kampung Huawu pada Februari lalu, menzahirkan harapan agar masyarakat tempatan dapat memanfaatkan  kerajinan tangan tradisional itu sehingga menyumbang kepada pembangunan desa.

董筱娉