Makmal AS yang Penuh Misteri Patut Disiasat

2021-08-30 14:41:39  CRI
Share with:

Badan perisik Amerika Syarikat (AS) mengedarkan laporan penyiasatan asal usul COVID-19 baru-baru ini dan menyebut kemungkinan virus maut itu "terbocor dari makmal" tidak ditolak.

Dalam isu asal usul COVID-19, China berpendirian bahawa penyiasatan berkenaan mesti dijalankan secara saintifik. Di sampingitu, laporan yang dikeluarkan oleh kumpulan pakar bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan China pada akhir Mac lalu telah menegaskan, virus COVID-19 "sama sekali tidak mungkin" terbocor dari makmal China.

Sekiranya AS bertegas virus itu bocor dari makmal, maka negara itu patut membuka makmal biologinya yang penuh misteri untuk disiasat berdasarkan prinsip sama rata dan adil.

Penyiasatan tentang asal usul virus itu di China telah berakhir, dan inilah pandangan kalangan sains sejagat. Selain itu, dapatan "virus COVID-19 tidak berkaitan dengan makmal di Wuhan" juga menjadi konsensus masyarakat antarabangsa.

Walau bagaimanapun, AS mengabaikan keputusan penyiasatan fasa pertama tersebut dan kerap kali menggembar-gemburkan teori "kebocoran virus dari makmal", malah mengarahkan badan perisiknya menyelesaikan laporan dalam 90 hari untuk mencemarkan nama China. Ini membolehkan seluruh dunia melihat politikus AS yang tergila-gila mengambinghitamkan China untuk menolak tanggungjawab sendiri.

Padahal, Institut Virologi Wuhan telah dua kali menerima penyiasatan pakar WHO, sedangkah AS masih enggan membuka makmal biologinya.

Pencarian asal usul COVID-19 adalah pengajian sains, bukanlah alat untuk mengambinghitamkan pihak lain. AS yang bersikap tidak bertanggungjawab dan enggan bekerjasama, umpama menyebarkan virus politik. 

徐国玮