Wang, Blinken Bincang Situasi Afghanistan

2021-08-30 13:28:57  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negera yang juga Menteri Luar China, Wang Yi dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken mengadakan perbincangan tentang situasi di Afghanistan, ikatan China-AS dan lain-lain melalui telefon semalam. 

Blinken mengatakan, pada saat kritikal apabila pengunduran tentera dan individu AS dari Afghanistan yang akan selesai, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) patut menzahirkan suara yang nyata dan tegas bahawa masyarakat antarabangsa berharap Taliban dapat memastikan pengunduran warga asing secara selamat, rakyat Afghanistan dapat memperoleh bantuan kemanusiaan, di samping menjamin negara itu tidak menjadi kancah keganasan.

Wang Yi berkata, situasi di Afganistan telah berubah secara menyeluruh dan pelbagai pihak harus mengadakan kontak dengan Taliban. AS, secara khusus, harus berganding bahu dengan masyarakat antarabangsa untuk menyediakan bantuan kemanusiaan kepada Afghanistan, membantu pemerintah baharu negara itu mengendalikan kerajaan secara normal, memelihara ketenteraman masyarakat, menghalang susut nilai mata wang dan kenaikan harga barangan, serta memulakan pembinaan semula secepat mungkin.

Menyentuh tentang hubungan China-AS, Wang berkata, kedua-dua negara telah mengadaka perbincangan mengenai situasi Afganistan, perubahan iklim dan lain-lain baru-baru ini. Dialog adalah lebih baik berbanding konfrontasi, manakala kerjasama adalah lebih baik daripada konflik. China akan mengkaji cara berhubung dengan AS berdasarkan sikap negara itu terhadap China.

AS dituntut menghentikan tindakan mengambinghitamkan China, menjejaskan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan China jika ia mahu hubungan dua hala kembali ke landasan normal.

Blinken berkata, negaranya tidak ingin mengutuk mana-mana negara sahaja berhubung pencarian asal usul COVID-19. Sebagai negara besar, AS dan China wajib untuk menyediakan segala maklumat yang perlu, menyiasat asal usul wabak agar mengelakkan wabak daripada menular lagi.

胡星