Laporan Badan Perisik AS Tidak Masuk Akal

2021-08-31 15:07:53  CRI
Share with:

Laporan Badan Perisik AS Tidak Masuk Akal_fororder_锐1

Laporan Badan Perisik AS Tidak Masuk Akal_fororder_锐2

Badan perisik Amerika Syarikat (AS) mengedarkan laporan penyiasatan tentang asal usul COVID-19 baru-baru ini. Walaupun gagal memberi jawapan tentang isu tersebut, namun laporan itu secara nyata menyalahkan kegagalannya kepada pihak China. Pada masa yang sama, Rumah Putih juga mengeluarkan pengumanan yang mendakwa "China menghalang penyiasatan antarabangsa".   

Namun, laporan penyiasatan yang dibuat agensi perisik itu akan membuktikan bahawa ia hanyalah satu manipulasi politik.

Pencarian asal usul virus merupakan penyelidikan sains dan harus dilakukan oleh saintis. Adalah normal ia memakan masa yang lama kerana kerumitannya.

Walaupun, Rumah Putih hanya memberikan 90 hari kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) untuk menyiapkan penyiasatan itu, dan ia langsung bercanggahan dengan sains. Tak syak bahawa Washington ingin menolak tanggungjawab sendiri dengan mencemarkan nama pihak lain.

Jabatan perisik AS terkenal dengan tindakan "berbohong, menipu dan mencuri". Dari "sukarelawan Kuwait" ke "peristiwa serbuk pencuci Iraq", hinggalah video "White helmets" di Syria, jabatan perisik AS telah membuat banyak pembohongan dan bukti palsu demi menyokong muslihat pemerintah negara itu.

Seperti terduhulu, laporan penyiasatan oleh badan perisik AS kali ini juga tiada bukti. Ia hanya merumuskan beberapa“tanggapan" dengan motif politik untuk mengambinghitamkan pihak lain.

胡星