Li Keqiang Utus Kawat Tahniah kepada Ismail Sabri Yaakob

2021-08-31 12:21:02  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengutus kawat tahniah kepada rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64 Malaysia hari ini.

Li menyatakan bahawa Malaysia telah mencapai pembangunan pesat dan mampan sepanjang 64 tahun lalu. China dan Malaysia adalah negara jiran yang bersahabat sejak zaman dahulu, dan kedua-dua negara ini mempunyai kepentingan bersama meluas.

Li menegaskan, China komited berusaha bersama-sama dengan Malaysia, merapatkan kerjasama dalam pelbagai bidang, bergabung tenaga untuk memerangi wabak COVID-19, memperkukuh penyelarasan dalam urusan serantau dan antarabangsa, mengintensifkan hubungan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara hingga memberikan lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

 

 

 

覃淼