Bunuh Rakyat Afghanistan, Askar AS "Wira"?

2021-08-31 13:14:18  CRI
Share with:

Tindakan Ganas Askar AS Menjadikannya "Wira"?_fororder_1550693645

Dua letupan berlaku di sekitar Lapangan Terbang Kabul, Afghanistan pada malam 26 Ogos waktu tempatan, mengakibatkan ratusan orang terbunuh atau cedera.

Mangsa cedera memberitahu bahawa tenterta Amerika Syarikat (AS) yang sedang berundur dari Kabul melepaskan tembakan ke arah rakyat jelata. Kehilangan nyawa itu bukan disebabkan kegiatan pengganas, sebaliknya askar AS yang mendakwa mahu menyelamatkan rakyat Afghanistan.

Walau bagaimanapun, Presiden AS Joe Biden menyifatkan tentera AS yang terkorban sebagai "wira", dan mendakwa akan membalas dendam. Namun beliau tidak menyebut apa-apa sahaja mengenai pembunuhan orang Afghanistan yang tidak berdosa.

Di samping itu, banyak media AS sibuk menceritakan kasih tragis 13 askar AS yang terkorban, dan membisu dalam kehilangan nyawa rakyat Afghanistan dalam serangan itu.

Adalah tidak boleh dipertikaikan bahawa tentera AS memasuki Afghanistan sebagai "penceroboh", dan kekacauan di Afghanistan pada masa ini juga disebabkan oleh AS. 20 tahun yang lalu, AS menghantar tentera ke Afghanistan dengan alasan "memerangi keganasan." Sejak itu, Afghanistan yang ditimpa malapetaka itu menyaksikan tragedi setiap hari. Buat masa ini, tentera AS menembak orang awam di Lapangan Terbang Kabul, membolehkan seluruh dunia mengenali wajah sebenar mereka.

Adalah nyata bahawa tidak kira bagaimana AS memperindah "perang pencerobohan" dan "pahlawan perang", ia tidak dapat menyembunyikan fakta AS telah menyebabkan malapetaka kemanusiaan yang teruk di Afghanistan. Ini sekali lagi memperlihatkan dwistandard yang sudah lama diamalkan AS dalam hak asasi manusia.

覃淼