Xi: Perkasakan Pengawalan Antimonopoli dan Persaingan Tak Adil

2021-08-31 15:29:27  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menegaskan bahawa usaha harus dilakukan untuk meningkatkan pengawalan antimonopoli dan antipersaingan tak adil.

Dalam sidang ke-21 Jawatankuasa Memperkasakan Pembaharuan Secara Komprehensif Pusat yang diadakan pada Isnin, Xi menegaskan bahawa pihak-pihak berkaitan perlu membina iklim persaingan adil, menyediakan ruang pembangunan yang luas kepada warga pasaran khususnya syarikat kecil dan sederhana (PKS), serta melindungi hak dan kepentingan sah pengguna. 

Di samping itu, pihak-pihak berkaitan harus meningkatkan pengawalan barang rizab strategik dan kecemasan, memperkasakan jaminan strategik, kawalan makro dan daya menangani keadaan kecemasan serta meningkatkan daya mencegah dan menghadapi risiko besar.

Selain itu, pihak-pihak berkuasa berkaitan perlu tidak cuai dalam usaha mencegah dan mengawal pencemaran, menjayakan perjuangan perlindungan alam sekitar serta mewujudkan keharmonian antara manusia dengan alam.

Sementara itu, sistem statistik dan penyeliaan yang sistematiknya lengkap, penyelarasannya berefisienan tinggi dan daya kawalannya kuat perlu dibina dengan secepat mungkin.

徐国玮