"Virus Politik" AS, Penghalang Terbesar dalam Usaha Perangi Wabak

2021-09-01 14:40:03  CRI
Share with:

"Virus Politik" AS, Penghalang Terbesar dalam Usaha Perangi Wabak_fororder_微信图片_20210901143808

Badan perisik Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mengeluarkan satu laporan tentang penyiasatan asal usul virus COVID-19, mendakwa China "menghalang penyiasatan antarabangsa" berkenaan dan menuntut masyarakat antarabangsa memberikan tekanan politik kepada China.

Langkah AS yang mengedarkan "virus politik" tersebut secara nyata menjejaskan kerjasama antarabangsa memerangi wabak serta penyelidikan tentang pencarian asal usul virus.

Sebagai negara yang paling gagal melawan wabak dan negara yang merekodkan penularan paling serius di dunia, manakan AS layak bersuara mewakili masyarakat antarabangsa?

Mutakhir ini, lebih 80 negara mengirim surat kepada Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengeluarkan kenyataan atau nota, menegaskan pendirian mereka menentang isu pencarian asal usul virus dipolitikkan selain menuntut untuk mengekalkan keputusan pencarian asal usul virus fasa pertama.

Selain itu, lebih 300 parti, pertubuhan masyarakat dan kumpulan pemikir dari lebih 100 negara menyerahkan kenyataan bersama kepada sekretariat WHO, menentang tindakan mempolitikkan isu pencarian asal usul virus. Inilah konsensus antarabangsa.

Kerajaan AS mengarahkan badan perisik menjalankan penyiasatan itu adalah satu sandiwara politik. Laporan itu pula bertujuan untuk menolak tanggungjawab dan menyalahkan negara lain.

Adalah diketahui umum bahawa AS mempunyai kes jangkitan dan kematian paling banyak di dunia, dan ia juga menjadi sumber penyebaran paling teruk. Ketika situasi wabak paling serius, AS membatalkan larangan perjalanan warganya dan ini sekali gus menjejaskan usaha global dalam mengawal penularan wabak.

Fakta membuktikan bahawa AS yang tergila-gila mempolitikkan isu pencarian asal usul virus merupakan halangan paling besar dalam usaha memerangi wabak di dunia.

徐国玮