Ribut Tropika Ida Membadai Mississippi, Dua Maut

2021-09-01 12:14:00  CRI
Share with:

Ribut Tropika Ida Membadai Mississippi, Dua Maut_fororder_0901ida

Ribut Tropika Ida membadai negeri Mississippi, Amerika Syarikat (AS) pada 30 Ogos,  mengakibatkan lebuh raya No.26 bahagian kaunti George runtuh, yang turut menyebankan dua orang maut dan sekurang-kurangnya sepuluh lagi cedera, antaranya tiga parah.

Menurut Carl Robertson, seorang pegawai polis di Mississippi Highway Patrol, keruntuhan lebuh raya itu kemungkinan berkaitan dengan hujan lebat dibawa Ida.

Pada 29 Ogos, Ida membadai negeri Louisiana dengan taufan peringkat empat, menyebabkan banjir dan angin kencang. Lebih sejuta keluarga terputus bekalan elektrik. 

Hingga sekarang, bekalan elektrik di hampir 60,000 keluarga di Mississippi masih belum dipulihkan. 

胡星