Dah Sampai Masanya Sandiwara Politik AS Berakhir!

2021-09-02 13:56:53  CRI
Share with:

Dah Sampai Masanya Sandiwara Politik AS Berakhir!_fororder_2007731508

Selepas tiga bulan "menjalankan penyiasatan tentang asal usul wabak COVID-19", agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) telah mengedarkan inti sari laporan penyiasatan yang banyak menggunakan perkataan "mungkin" dan "harus". Laporan itu menjadi bahan ketawa orang ramai kerana "tidak sebut apa-apa saja".

Walau bagaimanapun, agensi perisik AS dan Rumah Putih masih mempunyai cara untuk mengalihkan perhatian ramai dan menyalahkan pihak lain, iaitu terus memfitnah China dan mendakwa China bersalah.

Laporan oleh agensi perisik tersebut sebenarnya keputusan alat politik dan tanpa kredibiliti dari segi saintifik.

Sebenarnya sesetengah ahli politik AS tidak mempunyai keinginan atau kemampuan untuk melakukan pencarian asal usul COVID-19. Mereka merancangkan sandiwara politik ini hanya bertujuan untuk menolak tanggungjawab dalam kegagalan memerangi wabak, di samping mengambinghitamkan China.

Pada masa ini, pemerintah AS menghadapi ketidakpuasan rakyat akibat kegagalannya melawan wabak. Dalam pada itu, di bawah tekanan inflasi, pengunduran tentera dari Afghanistan, perbalahan politik antara kedua-dua parti, dan polarisasi politik, para politikus AS memerlukan "kambinghitam" demi menutup kegagalan mereka. Malangnya, China sekali lagi menjadi sasaran.

Dari perspektif jangka panjang, kegiatan mempolitikkan pencarian asal usul COVID-19 adalah juga strategi AS untuk menyekat China.

AS menganggap China sebagai musuh rekaan sama seperti Don Quixote yang menganggap kincir angin sebagai raksana jahat. Lucu betul. Namun mimpi politikus AS itu bukanlah mimpi Don Quixote sebagai satria yang menjunjung keadilan, tetapi mimpi untuk mendominasi dunia.

覃淼