China, Penggerak Utama Perdagangan Perkhidmatan Sejagat

2021-09-03 14:51:26  CRI
Share with:

China telah menjadi penggerak utama bagi peningkatan perdagangan perkhidmatan sejagat. China merekodkan peningkatan sebanyak  10.6 peratus purata tahunan dalam bidang import perkhidmatan disebalik  angka itu hanya mencatat 4.5 peratus di sejagat pada tahun 2012 hingga 2019, dan sekali gus menyumbang  15.7 peratus kepada peningkatan kadar sejagat dalam bidang tersebut.

Untuk rekod, jumlah perdagangan perkhidmatan China berada pada tangga kedua di dunia pada tahun 2014 yang mengayuh langkah melangkau bersejarah.  Sejak itu, China mengekalkan kedudukan itu untuk tujuh tahun berturut-turut yang menandakan kedudukan perdagangan perkhidmatan China kian meningkat dalam perdagangan antarabangsa.

Jumlah import-eksport perkhidmatan China mencatat USD 661.72 bilion(RM 2748.1 bilion) pada 2020, antaranya  jumlah import perkhidmatan menduduki 8 peratus yang menduduki nombor kedua di dunia.

Di samping kelebihan dalam bidang perdagangan perkhidmatan tradisional, industri berintensifkan pengetahuan juga menjadi penggerak utama bagi pertumbuhan perdagangan perkhidmatan negara ini. 

徐国玮