Rancak Perdagangan Perkhidmatan demi Kebaikan Semua

2021-09-03 15:02:25  CRI
Share with:

Rancak Perdagangan Perkhidmatan demi Kebaikan Semua_fororder_nnn

Peluang pembangunan daripada perdagangan perkhidmatan diharap dapat dinikmati oleh semua, kata Presiden China Xi Jinping.

Beliau ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak Perdagangan Perkhidmatan Global di Beijing pada malam Khamis, berkata China bersedia bersama-sama semua pihak memperkasakan keterbukaan dan kolaborasi demi kebaikan bersama sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi dunia.

Difahamkan, sidang tersebut antara agenda utama Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2021 yang membuka tirainya pada hari itu.

Xi turut menyatakan komitmen China untuk mempertingkat tahap keterbukaan dengan mengumumkan siri langkah penting.

Antaranya termasuk merintis pembangunan inovatif perdagangan perkhidmatan, membangunkan zon demonstrasi perdagangan digital, menubuhkan Bursa Saham Beijing untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berorientasikan inovasi, dan lain-lain.

Dalam pada itu, Naib Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Anabel Gonzalez menyatakan, nisbah perdagangan perkhidmatan bagi dagangan global kini melepasi paras 20 peratus berbanding 9 peratus pada 1970, dan dijangka mencapai satu pertiga menjelang 2040.

Beliau berharap agar negara-negara berkenaan terus menambah baik suasana pelaburan bagi merancakkan lagi kegiatan perdagangan yang cekap dan mampan.

董筱娉