China, Pengerak Utama Pembangunan Perdagangan Perkhidmatan Dunia

2021-09-04 15:46:57  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucapan menerusi video dalam Sidang Kemuncak Perdagangan Perkhidmatan Global sempena Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2021 pada malam Khamis lalu.

Beliau mengumumkan siri langkah baharu China bagi mendorong perdagangan perkhidmatan dan memberikan isyarat yang jelas tentang China akan terus meningkatkan keterbukaan. Langkah ini bukan sahaja menyediakan peluang baharu bagi pemulihan perdagangan perkhidmatan global, tetapi juga “kunci emas” untuk mengatasi masalah ekonomi dunia.

Sebagai negara kedua terbesar dalam bidang perdagangan perkhidmatan di dunia, CIFTIS bukan sahaja merupakan jendela penting bagi meningkatkan keterbukaan di China, tetapi juga platform bagi dunia untuk menembusi pasaran perkhidmatan China.

China mengumumkan empat langkah yang melibatkan meningkatkan taraf keterbukaan, memperluas ruang kerjasama, memperkasakan peraturan bidang perkhidmatan serta terus menyokong pembangunan yang berorintasikan inovasi perusahaan kecil dan sederhana (PKC). Dengan latar belakang situasi wabak sejagat belum dikawal dan pemulihan ekonomi belum kukuh, China terus menggalakkan keterbukaan sektor perkhidmatan dan turut menjadi penggerak penting bagi pemulihan perdagangan dan pertumbuhan ekonomi sejagat.

CIFTIS kali ini bertema “digital membuka masa depan, perkhidmatan mendorong pembangunan’. Jumlah syarikat yang tersenarai dalam Fortune Global 500 serta syarikat yang unggul yang menyertai pameran kali ini bertambah sembilan peratus berbanding sebelumnya. Selain itu, jumlah syarikat yang menyertai CIFTIS secara fizikal bertambah enam peratus. Ini menunjukkan bahawa fahaman perlindungan dan unilateralisme tidak mendapat sokongan negara lain. Keamanan, pembangunan, kerjasama dan situasi menang-menang merupakan “kunci emas” untuk menangani kesukaran yang dihadapi  dunia dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan.

徐国玮