AS Digesa Kordinasi dalam Pencarian Punca COVID-19

2021-09-04 15:13:29  CRI
Share with:

AS Dituntut  Kordinasi dalam Kerja Cari Punca Virus_fororder_微信图片_20210904162623

Keputusan mengenai virus COVID-19  diklasifikasikan sebagai “sangat tidak berkemungkinan” tersebar dari Makmal Virologi Wuhan dalam laporan penyelidikan bersama China-WHO berhubung punca virus berkenaan diiktiraf kalangan saintis angarabangsa secara meluas.

Sekarang, usaha merungkai asal usul virus telah diselesaikan di wilayah China dan  akan diteruskan di pelbagai negara lain.

Sebagai "negara paling gagal memerangi pandemik" dan negara “disyaki punca virus”, Amerika Syarikat(AS) sewajarnya menjadi tumpuan kerja penyiasatan berkenaan. Namun, negara itu bukan sahaja menolak penyiasatan, sebaliknya memfitnah China “menghalang penyiasatan global”. 

Baru-baru ini, terdapat lebih 80 negara melalui surat kepada Ketua Pengarah WHO, kenyataan rasmi atau nota diplomatik untuk menentang kegiatan mempolitikkan  pencarian punca virus dan memelihara keputusan   penyiasatan WHO fasa pertama.

Berbanding dengan AS, China sentiasa memberi sokongan kepada pencarian asal usul virus maut itu secara saintifik dan kerjasama antarabangsa dalam usaha memerangi pandemik. Negara ini telah menyediakan bantuan vaksin kepada lebih 100 buah negara dan pertubuhan antarabangsa, mengeksport vaksin kepada lebih 60 negara dengan jumlah dos meredokkan 900 juta.

Namun, AS bukan sahaja  menyorok bekalan vaksin COVID-19, tetapi juga menyekat eksport bahan mentah untuk penghasilan vaksin tanpa sikap kemanusiaan. 

Statistik terkini dari Pusat Pencegahan dan Pengawalan AS(CDC) menunjukkan, negara itu teleh membazir sekurang-kurang 15.1 juta dos vaksin COVID-19 sejak 1 Mac.  

Amalan hegemonisme dan tindakan mengambinghitamkan China hanya memperlihatkan AS merupakan penghalang terbesar dalam pencarian asal usul virus dan usaha memerangi pandemik global.

胡星