Laporan mengenai pencarian asal usul COVID-19 yang diedarkan agensi perisikan AS gagal mencapai kesimpulan yang jelas, sebaliknya menyalahkan China dengan "enggan berkongsi maklumat." Sebenarnya, tindakan AS yang mengambinghitamkan China dengan pelbagai dakwaan hanya mendedahkan percubaan yang ingin menyembunyikan kesalahannya sendiri.
Sejak awal lagi, AS mengarahkan agensi perisikan dan bukan kumpulan ahli sains untuk menjalankan pencarian asal usul COVID-19 bertujuan menjadikan laporan ini peralatan politik untuk menyalahkan China. Meskipun bukti gagal ditemui, AS tetap mendakwa China "menyembunyikan maklumat".
Pembohongan tidak dapat menyembunyikan kebenaran. Bermula dari melaporkan pengesanan wabak ini kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) pada waktu tepatnya, berkongsi susunan gen neo-koronavirus dengan pelbagai negara, hingga menjalankan kerjasama antarabangsa dalam pencegahan dan kawalan wabak, usaha melawan wabak yang dijalankan China terbukti jelas dengan fakta yang boleh ditinjau kembali. Pegawai WHO juga pernah berulang kali membantah dakwaan yang tidak berasas mengenai apa yang disebut "data China bekenaan tidak telus".
Menurut media AS, data berhubung 171 kes positif wabak COVID-19 pada bulan Januari dan Februari telah dibatalkan pada bulan Mei di negeri Florida. Kakitangan bank data yang mempersoalkan tindakan tersebut turut dipecat jawatan. Setelah antibodi COVID-19 dikesan dalam sampel darah yang dikumpulkan oleh Institut Kesihatan Nasional AS pada awal Januari 2020, pegawai kanan AS menghentikan projek penyelidikan dengan alasan"mengganggu kerja pencarian asal usul virus di China dan mengancam keselamatan negara AS". Sampel darah yang disimpan sebelum 2 Januari 2020 pula tidak diuji lagi.
Pada ketika ini, seluruh dunia mempersoalkan bilakah AS akan mengumumkan dan mengesan data kes jangkitan peringkat awal di negaranya? Bilakah WHO akan dijemput menjalankan pencarian asal usul virus di negara itu? Bilakah Fort Detrick dan Universiti North Carolina AS dibuka untuk siasatan antarabangsa? Bilakah manipulasi politik dihentikan agar usaha melawan wabak kembali ke landasan yang betul? AS digesa memberi penerangan kepada masyarakat dunia.