Pembangunan Mampan Didorong Data Raya

2021-09-06 12:40:39  CRI
Share with:

Semua pihak diharap dapat melaksanakan pelan pembangunan mampan disokong data raya, di samping mempergiat kerjasama antarabangsa demi Agenda Global 2030 dan visi komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Demikian ujar Presiden China Xi Jinping menerusi perutusan tahniah kepada majlis pelancaran Pusat Penyelidikan Antarabangsa Data Raya bagi Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) di Beijing, hari ini.

Menurut beliau, pusat tersebut antara inisiatif penting dalam memantapkan SDGs dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjelang 2030, yang disyorkannya semasa sesi ke-75 Perhimpunan Agung PBB (UNGA).

Tatkala dunia dibadai pandemik COVID-19 ketika ini, inovasi teknologi dan data raya diyakini mampu membantu masyarakat antarabangsa keluar daripada krisis kesihatan itu dan terus melaksanakan Agenda Global sehingga tahun 2030.

Dilaporkan, forum antarabangsa data raya bagi SDGs juga dirasmikan secara serentak di Beijing.

董筱娉