“Pokok paksaan” di China Beri Sumbangan Besar Kepada Dunia

2021-09-06 15:51:02  CRI
Share with:

“Pokok paksaan” di China Beri Sumbangan Besar Kepada Dunia_fororder_src=http-%2F%2Fwww.forestry.gov.cn%2Fhtml%2Fmain%2Fmain_5561%2F20190912143854748569555%2F20190920142326716253602&refer=http-%2F%2Fwww.forestry.gov

Selepas pelbagai jenis “paksaan” yang dicipta barat termasuk “buruh paksaan” dan “latihan paksaan”, kini media Barat menambah satu lagi, iaitu “pokok paksaan” (ya, memang kedengaran pelik), semata-mata untuk menghitamkan China…

The Washington Post baru-baru ini menerbitkan rencana yang bertajuk “China is forcing hundreds of millions of new trees to exist every year”.

Hebat. Jika diikutkan artkel itu, kejayaan China memulihkan sistem ekologi sebenarnya adalah satu dosa.

Sebelum ini, AS perjuangkan hak asasi manusia. Sekarang, mereka beralih pula untuk memperjuangkan pokok supaya dapat menikmati kebebasan dan demokrasi. Adakah begitu maksud mereka?

Hakikatnya, apa yang bukan sahaja Satria saksikan, malah rakyat diseluruh dunia juga dapat melihat kejadian kebakaran hutan telah berlarutan kira-kira dua bulan di California, yang membakar 190 ribu hektar hutan.

Waima pakar tempatan berpendapat usaha untuk mengawal kebakaran hutan paling serius kali ini mungkin tidak akan berhasil.

Penambahan hutan di China disifatkan sebagai “paksaan”, manakala kebakaran hutan di AS adalah demokrasi.

Inilah logik media Barat yang cukup sombong.

Hakikatnya, dengan “paksaan” yang berlarutan puluhan tahun tersebut jugalah, kita dapat melihat bahawa kawasan pergurunan bahkan padang pasir di China menjadi hutan.Di Saihanba, sebelah utara Beijing terdapat kawasan hutan Shanghai. Ia dinamakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Bandar Chengde Provinsi Hebei tahun 1960an, Wang Shanghai.

Beliau membawa lebih 300 orang datang ke Saihanba yang masih merupakan gurun pada masa itu untuk mencuba menjadikannya hutan.

Untuk mewujudkan sasaran tersebut, beliau bukan saja membawa sekeluarga dari bandar ke kawasan pergurunan Saihanba, bahkan menyiapkan kuburnya di sana.

Dengan usaha tiga generasi, hutan seluas kira-kira 75 ribu hektar telah bertumbuh di Saihanba. Ia juga hutan tanaman manusia terbesar di dunia, menyediakan pelindung ekologi kepada bandar Beijing, Tianjin, Provinsi Hebei dan sekitarnya.

Wang Shanghai meninggal dunia kerana pesakit jantung pada tahun 1989. Abu mayatnya ditaburkan dalam hutan yang ditumpah darahnya berdasarkan keazaman terakhir beliau.

Kini, aktiviti menanam pokok di China berkembang dari projek kerajaan menjadi program kebajikan yang disertai oleh setiap orang.

Banyak aplikasi menyediakan “tenaga hijau” untuk menggalakkan kehidupan hijau. Jumlah langkah berjalan kali boleh ditukar menjadi tenaga hijau, penggunaan pengangkutan awam boleh mendapat tenaga hijau, menempah makanan hantar tanpa penyepit pakai buang boleh mendapat tenaga hijau.

Sedikit sebanyak, pengguna akan menjimat banyak tenaga hijau dan kalau sudah mengumpukan sejumlah tertentu tenaga hijau, boleh tukar sejenis pokok dan pihak pengoperasi aplikasi akan membantu menaman pokok itu di kawasan perguruan.

Setakat ini, Satria telah berjaya menanam 12 buah pokok dengan kaedah ini, sekali gus menyediakan dana untuk 10 buah kawasan pelindung alam semula jadi.

NASA pernah mengumumkan gambar satelit pada tahun 2019 dan menganalisis bahawa bumi kita menjadi lebih hijau berbanding 20 tahun yang lalu, dan menurut mereka, sumbangan terbesar adalah dari China.

Yang paling Satria tak faham, dalam pada mereka mengutuk usaha perlindungan ekologi China, mereka juga pada sama turut meminta kerjasama China dalam bidang perubahan iklim global.

Sikap AS ini sama sahaja seperti dasarnya terhadapnya China, iaitu sentiasa mengelirukan.

Utusan khas Perubahan Iklim Presiden AS John Kerry melawat China pada 31 Ogos hingga 3 September lalu untuk tertukar-tukar pandangan mengenai kerjasama bilateral dalam bidang tersebut dengan China.

Kedua-dua pihak mengeluarkan kenyataaan bersama yang menegaskan pentingnya kerjasama dalam menyelesaikan krisis perubahan iklim.

Bagaimanapun, seperti apa yang dinyatakan oleh Menteri Luar China Wang Yi ketika bertemu dengan John Kerry secara maya bahawa kerjasama menangani perubahan iklim tidak mungkin terlepas dari suasana hubungan China-AS yang menyeluruh.

Paling utamanya katanya adalah, pihak AS perlu berusaha bersama China, mengambil tindakan mendorong hubungan bilateral baik pulih ke landasan yang betul.

张弘