Xi: Kerjasama Teknologi Penerbangan Amat Berpotensi

2021-09-06 10:57:11  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus surat tahniah kepada Kongres Majlis Sains Penerbangan Antarabangsa (ICAS) ke-32 yang membuka tirai di Shanghai hari ini.

Xi dalam surat tahniah itu berkata, penerbangan antara bidang sains dan teknologi yang menyaksikan perkembangan paling pesat dan memberi kesan terbesar kepada aktiviti pengeluaran dan kehidupan manusia sejak abad ke-20.

Menurut beliau, sains dan teknologi penerbangan berdepan peluang pembangunan penting susulan dunia sedang mengalami revolusi sains dan perindustrian yang amat mendalam. Justeru, kerjasama global dalam bidang tersebut perlu dipergiat dan ia mempunyai potensi yang amat besar.

张哲