Garis Panduan Biokeselamatan Tianjin Dipanjangkan kepada BWC

2021-09-07 15:09:27  CRI
Share with:

China sudah memanjangkan Garis Panduan Biokeselamatan Tianjin mengenai Tatakelakuan Saintis kepada Konvensyen Senjata Biologi (BWC) untuk dibahaskan.

Dilaporkan, garis panduan tersebut telah menjadi fokus perbincangan dalam persidangan BWC yang sedang diadakan di Geneva akhir-akhir ini.

Sehubungan itu, jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin berkata, Garis Panduan Biokeselamatan Tianjin digubal atas saranan China pada 2015, menerusi perbincangan multilateral secara intensif dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

"Garis panduan itu merangkumi segenap aspek penyelidikan sains biologi, memperlihatkan konsensus masyarakat antarabangsa.

"Reaksi positif daripada peserta persidangan BWC memang banyak memberi galakan dan inspirasi," ujarnya dalam sesi taklimat pada Isnin.

Wang turut  menekankan pentingnya penyelidikan biosains yang bertanggungjawab dalam mengurangkan risiko biokeselamatan serta memastikan kemajuan biosains demi kebaikan manusia.

Tambah beliau, China akan terus memegang konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan dan aktif menyertai tadbir urus global untuk menyumbang kepada pewujudan keselamatan universal dan pembangunan bersama.

梁靓