Pihak penganjur Sukan Asia Hangzhou memaklumkan kesemua gelanggangnya akan siap dibina menjelang penghujung Oktober.
Difahamkan, Sukan Asia Hangzhou akan menyediakan sejumlah 55 buah gelanggang pertandingan, 31 buah gelanggang latihan, sebuah kampung atlet dan empat kampung atlet cawangan di seluruh provinsi Zhejiang.
Setakat ini, 42 buah gelanggang daripadanya sudah siap dibina dan sedang dilaksanakan kerja-kerja ujian terhadap fungsinya.
Manakala, bagi kampung atlet pula, ia dijangka akan selesai diuji menjelang bulan Disember.
Selain itu, 31 buah gelanggang latihan dijadualkan menyelesaikan pembinaan menjelang bulan Mei tahun depan.
Dalam perkembangan lain, pihak penganjur turut memaklumkan bahawa aktiviti sambutan kira detik setahun Sukan Asia Hangzhou akan diadakan di Pusat Tenis Pusat Sukan Olimpik Hangzhou pada malam 10 September ini.