Taliban Rancang Tubuh Kerajaan Sementara

2021-09-07 10:50:09  CRI
Share with:

Taliban Rancang Tubuh Kerajaan Sementara_fororder_1630914588955_413_1081x811

Perang di Afghanistan sudah berakhir selepas wilayah Panjshir dikawal Taliban, kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid dalam taklimat media pada Isnin.

Beliau berkata, pihaknya akan menyediakan bantuan kepada penduduk di sebahagian wilayah itu yang menghadapi  masalah kekurangan makanan dan ubat-ubatan. Pertempuran di sana tidak menyebabkan kematian dan kecederaan rakyat jelata.

Menyentuh tentang rancangan penubuhan kerajaan baharu, Mujahid berkata, sebuah kerajaan sementara akan ditubuhkan bagi mengoptimumkan usaha pentadbiran. Kerajaan baharu itu ialah sebuah kerajaan Islam yang inklusif.

Menurut beliau, pegawai dan anggota tentera yang berkhidmat untuk pemerintahan sebelumnya diizinkan bertugas semula dalam pasukan tentera.

张哲