Sistem Kewangan Antarabangsa Tidak Utamakan USD

2021-09-07 14:05:41  CRI
Share with:

Sistem Kewangan Antarabangsa Tidak Utamakan USD_fororder_src=http-%2F%2F5b0988e595225.cdn.sohucs.com%2Fq_70,c_zoom,w_640%2Fimages%2F20180128%2F72e9a6dccbd9485ca8f9b08026908d30.jpeg&refer=http-%2F%2F5b0988e595225.cdn.sohucs

Semalam satu berita dari media Indonesia menarik tumpuan Satria, iaitu berhubung dengan kerjasama rasmi antara Bank Indonesia (BI) dan Bank Rakyat China (BOC) dalam memuktamadkan transaksi bilateral mata wang Rupiah dan RMB.

Bila Satria baca berita tersebut, Satria terus teringat tentang berita yang dibaca satu dua hari lalu pula bahawa perniagaan minyak dan gas asli antara China dengan Rusia telah menggunakan mata wang tempatan.

China sedang berusaha meneroka sistem kewangan antarabangsa yang tidak didominasi oleh AS.

Sebab sistem kewangan antarabangsa antara sejenis “senjata nuklear” bagi AS untuk membanteras pihak lain sewenang-wenangnya.

Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong Carrie Lam Cheng Yuet-ngor dikenakan sekatan oleh AS kerana ia melaksanakan dasar membanteras kumpulan perusuh yang didalangi kuasa Barat.

Seorang pegawai tempatan China, mematuhi kerajaan pusat, berusaha memelihara penyatuan negara diri, tapi disekat oleh AS!

Natijahnya, kini tiada bank boleh menyediakan perkhidmatan untuk Carrie Lam Cheng Yuet-ngor, termasuk bank di Hong Kong atau Tanah Besar, sebab semua bank yang ada urus niaga rentas sempadan akan disekat oleh AS.

Beliau hanya boleh mendapat gaji dengan wang tunai setiap bulan dan sekiranya nak membeli belah pula, beliau hanya menggunakan wang tunai sahaja.

Ahli Akademi Sains China Prof. Ding Zhongli juga disenaraikan dalam sekatan AS.

Sebagai pakar geologi tersohor di China dan dunia, beliau yang juga anggota Akademi Sains Negara-Negara Membangun. Prof. Ding pernah menyumbang dana kepada akademi tersebut untuk membantu perkembangan sains di negara-negara membangun.

Tapi sumbangan tersebut dirampas oleh AS dengan sistem kewangan antarabangsa kawalannya.

Hakikatnya, bukan hanya China, malah seluruh dunia sebenarnya menjadi korban yang boleh ditindaskan oleh AS sewenang-wenangnya dalam sistem kewangan antarabangsa.

Ketika Taliban baru menduduki Kabul, semua dana Bank Pusat Afghanistan segera dibeku oleh AS. Antaranya termasuk 21.9 tan emas.

Kita tahu emas merupakan rizab penting bagi pelbagai negara untuk menstabilkan pasaran kewangan. Bagaimanapun kebanyakan rizab emas pelbagai negara sebenarnya disimpan di Rizab Persekutuan AS (FED) atau Bank Pusat Britain.

Pada beberapa tahun ini, pelbagai negara turut membeli emas sebagai jaminan kestabilan sistem kewangan domestik, manakala AS menjadi penjual terbesar emas dan mengumumkan masih memegang lebih 8000 tan emas. Ini menjadi asas AS terus menerbitkan lebih banyak USD.

Soalannya dari mana begitu banyak emas milik AS?

Berdasarkan laporan media Rusia, Jerman pernah berulang kali menuntut membawa balik 1200 tan emas miliknya yang disimpan di FED, tapi ditolak oleh FED dengan pelbagai jenis alasan.

Katanya dulu Jerman pernah membawa balik sebahagian rizab emas dari AS, tapi dari kotaknya boleh jelas menyedari ini sudah bukan emas yang disimpan mereka dulu.

Jadi, adakah emas yang disimpan oleh pelbagai negara di FED telah disalahgunakan oleh AS?

Ini menjadikan pelbagai negara sekutu AS pula berasa bimbang atas rizab emas diri di FED dan terdapat belasan negara yang telah turut menuntut membawa balik emas.

Semua ini sudah memperlihatkan sistem kewangan antarabangsa yang mengutamakan USD sudah tidak bersesuaian dengan situasi masa ini dan menjadi semakin lemah.

Impak selanjutnya mungkin dari mata wang digital yang tidak akan menggunakan USD sebagai pengantara.

Satria bukan pakar kewangan, tapi mungkin sistem kewangan antarabangsa yang tidak mengutamakan mata wang sesebuah negara akan menjadi lebih adil bagi seluruh dunia.

张弘