China Lancar Projek Rintis Perdagangan Tenaga Elektrik Hijau

2021-09-08 14:38:12  CRI
Share with:

Secara rasminya, China memulakan projek rintis perdagangan tenaga elektrik hijau, semalam.

Difahamkan, projek itu bertujuan untuk menggalakkan perkembangan industri alternatif termasuk fotovoltaik dan tenaga angin di China, serta mendorong seluruh rakyat terlibat aktif dalam transformasi hijau dan karbon rendah.

Urusan transaksi tersebut dijalankan serentak melalui platform pusat perdagangan tenaga elektrik Beijing dan Guangzhou, yang melibatkan lebih 20 buah provinsi dan bandar.

Pada hari pertama, hampir lapan bilion kilowatt-jam elektrik hijau telah diperdagangkan dengan penyertaan lebih 250 pembekal dan pengguna tenaga elektrik di seluruh negara.

Perdagangan tenaga elektrik hijau adalah urus niaga langsung antara syarikat pengguna tenaga elektrik dengan pembekal tenaga elektrik daripada fotovoltaik dan angin.

Menurut maklumat, setiap pembelian tenaga elektrik hijau juga akan mendapat pensijilan penggunaan tenaga hijau. 

曹捷