Ya, benar tajuk tersebut dan anda tidak salah membacanya. Siapa sangka, bandar yang begitu sinonim dengan “pekan orang pencen” ini ada peranan penting dalam industri pembekalan cip.
Padas 17 Ogos lalu, seorang pegawai kanan dari BOSCH di China menyatakan dalam media sosial bahawa sejak wabak COVID-19 melanda, kilang STMicroelectronics di Muar telah ditutup.
Menurut beliau, sejak dari itu juga, bekalan cip elektronik untuk kenderaan terputus dan ia mampu membawa impak besar terhadap industri kenderaan China.
Setiap hari Satria ikuti berita di Malaysia khususnya mengenai wabak. Tapi, buat pertama kalinya Satria baru tahu tentang peranan penting Malaysia dalam rantaian pengeluaran cip elektronik.
Jika diikutkan statistik, Satria difahamkan terdapat sekitar 50 buah syarikat mikroelektronik tersohor di dunia telah membina kilang pemeriksaan semikonduktor (OSAT) cip eletronik di Malaysia, sekali gus menduduki kira-kira 13% di pasaran global.
Selain itu juga, pengeskportan barangan dan cip elektronik mencatat kira-kira 38% daripada perdagangan luar Malaysia.
Sungguh hebat!
Tapi dengan wabak yang semakin teruk di Malaysia sejak bulan Julai lalu, kekurangan kebalan cip elektronik dijangka semakin teruk pada bulan ini dan pengeluaran kenderaan global dijangka menurun 20% pada tahun ini.
Di pasaran China, harga kenderaan telah memperlihatkan trend penaikan. Bahkan, andai kata dah dapat tempeh kenderaan, berkemungkinan perlu tunggu lebih sebulan baru memandunya.
Kejadian di Malaysia kali ini juga sekali lagi membuktikan trend globalisasi yang tidak boleh diputarbalikkan.
Dari reka bentuk cip elektronik, kepada kilang OSAT dan kilang pengeluaran kenderaan, semuanya perlu beroperasi dengan lancar untuk menggalakkan industri ini berkembang dengan sihat.
Gangguan ekoran wabak atau pelbagai unsur objektif ini memang akan membawa kerugian besar.
Walau bagaimanapun, banyak pihak turut optimis bahawa bekalan cip elektronik dijangka dapat dipulihkan pada suku keempat tahun ini.
Dari sudut yang lain, kita dapat lihat bahawa gangguan buatan manusia seperti campur tangan AS susah diatasi. Ia akan menjejaskan perkembangan sihat industri bahkan membawa perubahan dan impak kepada semua pihak dalam rantaian pengeluaran.
Sebagai contoh, untuk menyekat perkembangan teknologi 5G Huawei, AS menyekat bekalan cip elektronik syarikat pelbagai negara kepada Huawei dan turut mengambil pelbagai langkah kotor seperti menahan anak pengasas Huawei yang juga CFO syarikat itu Meng Wanzhou selama lebih 1000 hari di Kanada.
Ekorannya, urus niaga 5G Huawei telah mengalami gangguan besar, manakala penggunaan teknologi 5G di seluruh dunia turut sama diganggu.
Kita patut menimba pengalaman dari Huawei, hegemoni teknologi boleh berlaku pada bila-bila masa dan impaknya jauh lebih besar berbanding wabak COVID-19.
China kini merupakan pengeluar dan pasaran terbesar bagi industri kenderaan. Khususnya pelbagai syarikat kenderaan elektrik di China sedang berusaha memberi cabaran kepada Tesla.
Bagaimanapun, 95% cip elektronik untuk kenderaan di China perlu diimport. Pengalaman Huawei dan kekurangan bekalan kali ini telah menggalakkan pelbagai syarikat kenderaan China berusaha mencari penyelesaian lain.
BYD antara syarikat kenderaan swasta terbesar di China dan satu-satunya sayrikat kenderaan yang mampu mengeluarkan cip elektronik sendiri.
Memang masih ketinggalan sedikit dari teknologi dan kuota pasaran berbanding pelbagai jenama Barat seperti Infineon, tapi perkembangannya cukup cepat.
Bagaimanapun, kita patut memahami bahawa AS telah menyedari ancaman dari China dalam bidang kenderaan tenaga baharu dan mungkin juga akan sekali lagi mengundang gangguan sama seperti yang diterima oleh Huawei.
Kalau China sebagai pengeluaran dan pasaran terbesar dikenakan sekatan teknologi oleh AS, pelbagai syarikat OSAT di Malaysia juga akan mengalami kerugian besar.
Oleh itu, cadangan Satria adalah sediakan payung sebelum hujan. Malaysia dan China patut mengeratkan kerjasama dalam bidang ini.
Jangan puas hati menjadi OSAT Barat saja. Sebaliknya, kita patut menguatkan diri, memegang teknologi kunci, menjadi syarikat kita seperti TSMC atau Infineon yang bersuara lantang dalam bidang ini, yang secara tidak langsung dapat menjamin kemakmuran industri untuk jangka panjang serta status ekonomi negara kita.