Diplomat Negara Asia Tenggara dan Asia Selatan Kunjungi Guilin

2021-09-09 13:45:29  CRI
Share with:

Duta Besar atau Konsul Jeneral dari 10 buah negara termasuk Malaysia, Laos, Thailand, Vietnam, Filipina dan Kemboja telah mengunjungi Guilin, Guangxi baru-baru ini.

Diundang oleh Jabatan Perhubungan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), lawatan mereka bertujuan untuk meninjau kampung Xilong, pekan Gaotian di kaunti Yangshuo susulan kejayaan penduduknya yang terdiri daripada etnik minoriti dalam membebaskan diri daripada kemiskinan.

Ketua jabatan tersebut, Song Tao menyatakan bahawa PKC bersedia meningkatkan komunikasi dengan parti politik pelbagai negara di rantau ini, menyokong usaha yang dijalankan masing-masing untuk mencari jalan pembangunan yang selaras dengan keadaan negara sendiri, dan menggalakkan kedamaian bersama, kestabilan dan pembangunan serantau.    

Dalam pada itu, para diplomat pula menyatakan kesediaan untuk mendorong komunikasi antara parti politik negara sendiri dengan PKC, merancakkan pertukaran pengalaman tadbir urus negara termasuk dasar etnik agar memberikan sumbangan kepada perpaduan etnik dan kerjasama pragmatik kedua-dua pihak dalam pelbagai bidang.

曹捷