Xi Ucap Selamat Sambut Hari Guru

2021-09-09 16:09:43  CRI
Share with:

Golongan guru diharap memberi bimbingan yang baik kepada pelajar dan menyumbang kepada usaha memupuk insan holistik dan seimbang.

Harapan itu dizahirkan Presiden Xi Jinping dalam surat balas kepada wakil unit guru teladan yang dinamai sempena mendiang Prof. Huang Danian, ahli geofizik dari Universiti Jilin pada Rabu.

Beliau juga merakamkan ucapan tahniah dan salam kepada pendidik di seluruh negara sempena Hari Guru ke-37 yang bakal disambut esok.  

 

张哲