Amal Dwistandard, Padah Menanti

2021-09-09 15:18:38  CRI
Share with:

Amal Dwistandard, Padah Menanti_fororder_1631102382251_851_800x450

Amerika Syarikat (AS) yang mencetuskan perang Afghanistan pada 20 tahun lalu akhirnya menelan kegagalan, selepas mereka mengundurkan tentera secara tergesa-gesa dari negara Asia Barat tersebut.

Perang yang dicetuskan dengan dalih "antikeganasan” itu menelan perbelanjaan melebihi USD2 trilion, di samping membawa kematian dan kecederaan membabitkan lebih 20,000 anggota tentera AS.

Tatkala pengunduran tentera AS hampir selesai, kumpulan pelampau Daesh telah melancarkan siri letupan bom di Kabul, menyebabkan lebih seratus nyawa terkobran termasuk 13 anggota tentera.

Menurut penganalisis, dwistandard diamalkan AS dalam usaha antikeganasan serta prinsip mengutamakan kepentingan sendiri antara faktor utama yang membawa kepada kegagalan tersebut, malah menjadikan kegiatan keganasan semakin berleluasa.

Padahal, apabila mengerahkan tentera ke Afghanistan dan Iraq, AS menyasarkan untuk menggulingkan pemerintah tempatan dengan dalih membanteras keganasan. Amalan AS berdasarkan kepentingan sendiri itu menimbulkan pergolakan yang lebih teruk di negara-negara tersebut.

Malah, AS dilaporkan menjalin “hubungan kolaborasi” dengan kumpulan keganasan di Syria dan Iraq, dan menyalurkan bantuan ketenteraan kepada mereka demi tujuan geopolitik sendiri di rantau Asia Barat.

Satu lagi amalan yang amat berbahaya adalah AS menilai usaha antikeganasan di lingkungan sejagat berasaskan persepktif berbaur prejudis ideologi dan mentaliti Perang Dingin.

AS membutakan mata terhadap kegiatan keganasan yang berlaku di China, malah memburuk-burukkan usaha kerajaan China dalam membanteras keganasan di Xinjiang.

Keganasan merupakan musuh bersama bagi umat manusia. Jika tidak mengetepikan sikap dwistandard dalam usaha memerangi keganasan, AS nescaya terus menelan padah hingga menjejaskan kepentingan sendiri.

张哲