IOC, CMG Ikat Kerjasama Penyiaran Olimpik

2021-09-09 21:25:15  CRI
Share with:

IOC, CMG Ikat Kerjasama Penyiaran Olimpik_fororder_1631184468804_561_1000x563

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Kumpulan Media China (CMG) mengikat kerjasama penyiaran sukan Olimpik untuk penggal baharu.

Sehubungan dengan itu, CMG diberi hak eksklusif untuk menjalankan penyiaran di Tanah Besar China dan Makau terhadap Sukan Olimpik Musim Panas 2028 dan 2032 serta Olimpik Musim Sejuk 2026 dan 2030.

Perjanjian berkenaan dimeterai oleh Pengerusi IOC, Thomas Bach dan Presiden CMG, Shen Haixiong dalam satu majlis yang berlangsung secara maya hari ini.

Thomas Bach berkata, perjanjian baharu membolehkan peminat sukan di China dapat terus mengikuti laporan berprestij daripada CMG mengenai temasya sukan Olimpik.

Shen Haixiong pula berkata, CMG telah mengerahkan kumpulan kerja yang terdiri daripada hampir 800 anggota untuk menjayakan penyiaran Sukan Olimpik di Tokyo yang baru berakhir.

Pemeteraian perjanjian baharu itu bukan sahaja akan melanjutkan kerjasama antara CMG dengan IOC, tetapi juga meletakkan asas yang baik untuk menyebarkan sukan Olimpik secara meluas, konsisten dan mantap.  

张哲