Hipokrasi Politikus Barat dalam Isu Hong Kong Terdedah

2021-09-09 17:00:03  CRI
Share with:

Hipokrasi Politikus Barat dalam Isu Hong Kong Terdedah_fororder_1631170735059_817_1280x856

Kebelakangan ini, Setiausaha Luar Britain, Dominic Raab dan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken berturut-turut mengeluarkan hantaran menerusi media sosial, yang memfitnah tindakan pihak polis Hong Kong menahan anggota Perikatan Hong Kong dalam Menyokong Gerakan Demokratik Patriotik China pada Rabu.

Klise politikus Barat sekali lagi memperlihatkan hipokrasi dan dwistandard mereka, sekali gus mendedahkan identiti sebenar kumpulan itu adalah sebagai ejen mereka.

Daripada mencetuskan huru-hara melalui perhimpunan haram, sampai memfitnah dasar “satu negara, dua sistem” dan mendalangi “revolusi warna”, kegiatan kumpulan itu yang berniat mengacau-bilaukan Hong Kong terbukti dengan banyak fakta. Ia sekali gus memperlihatkan motifnya yang semata-mata berkhidmat untuk tuannya di luar negara.

Justeru, pihak polis Hong Kong menahan anggota kumpulan itu mengikut undang-undang keselamatan negara melibatkan Hong Kong.

Pada 6 Januari lalu, apabila berlakunya demonstrasi yang besar-besaran di Washington, politikus AS terus melabelkan kejadian itu sebagai rusuhan dan kudeta, di samping menuntut supaya perusuh diheret ke muka pengadilan.

Senario yang sama juga pernah berlaku di Britain pada 2011. Dengan mengikut arahan perdana menteri, pihak polis menggunakan meriam air untuk mengusir penunjuk perasaan, dan menyifatkan rusuhan di beberapa tempat di negara itu sebagai kegiatan jenayah.

Jadi, mengapakah politikus Barat menunjukkan sikap yang berbeza terhadap jenayah yang serupa di Hong Kong?

Amalan dwistandard itu bukan sahaja menginjak-injak undang-undang, tetapi juga membongkarkan niat yang jahat untuk menjejaskan ketenteraman masyarakat Hong Kong.

张哲