Afghanistan Diharap Berkoordinasi dan Bekerjasama dengan Negara Jiran

2021-09-09 10:52:43  CRI
Share with:

Taliban Afghanistan perlu menyatupadukan pelbagai etnik dan puak, membentuk pemerintahan inklusif serta menjalin dan mengekalkan hubungan baik dengan negara jirannya.

Demikian ujar ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Wang Yi pada mesyuarat menteri-menteri luar negara jiran Afghanistan yang pertama menerusi pautan video, Rabu.

Menurut beliau, Taliban di negara itu diingatkan supaya mengamalkan dasar dalam dan luar yang sederhana dan mapan, sekali gus menjauhkan diri daripada aktiviti keganasan.

Wang turut menyarankan negara-negara jiran supaya mengambil tindakan yang wajar hingga menyumbang kepada kestabilan serta proses pembangunan semula Afghanistan.

Pada pandangannya, negara-negara terlibat boleh membentuk sinergi dalam melakukan kolaborasi membabitkan bantuan disalurkan kepada Afghanistan untuk memerangi wabak COVID-19, laluan sempadan kekal dibuka serta usaha mengendalikan isu pelarian dipergiat.

Selain bantuan kemanusiaan harus digerakkan secepat mungkin, kerjasama pelbagai pihak dalam memerangi keganasan dan membanteras dadah juga perlu ditingkatkan.

董筱娉