Webinar “Xinjiang, Tempat Mempesona” di Geneva

2021-09-10 14:05:52  CRI
Share with:

Webinar bertema “Xinjiang, Tempat Mempesona” khusus untuk diplomat asing yang bertugas di Geneva, diadakan pada Rabu.

Mereka diberi peluang untuk mengenali keadaan sebenar pengambilan pekerja dalam kalangan penduduk tempatan Xinjiang.

Naib pengerusi kerajaan wilayah itu, Aierken Tuniyazi telah memperkenalkan hasil yang dicapai Xinjiang dalam usaha menjamin hak asasi dan inisiatif pekerjaan menyasar penduduk pelbagai etnik.

Menurut beliau, dasar jaminan pekerjaan di Xinjiang dan pelaksanaannya selaras dengan undang-undang China serta standard buruh dan hak asasi manusia antarabangsa.

Ia juga sejajar dengan aspirasi rakyat Xinjiang untuk mengejar kehidupan bahagia.

Berkat pelaksanaan skim bantuan berkenaan,  struktur pekerjaan di Xinjiang makin dioptimumkan hingga berjaya meningkatkan taraf hidup masyarakat tempatan.

Webinar anjuran Misi  Tetap China ke Geneva bersama kerajaan wilayah Xinjiang itu, menarik penyertaan kira-kira 60 diplomat asing,  wakil Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hak Asasi Manusia (OHCHR) serta pakar dan sarjana.

梁靓