Lima Saranan Xi Suntik Tenaga kepada Kolaborasi BRICS

2021-09-11 16:25:41  CRI
Share with:

Lima Saranan Xi Suntik Tenaga kepada Kolaborasi BRICS_fororder_0911c

Sepanjang sidang kemuncak BRICS ke-13 secara maya sewaktu malam Rabu, Presiden China Xi Jinping membawakan lima saranan bersasar kerjasama pragmatik sesama anggota blok itu, hingga mencuri perhatian masyarakat antarabangsa.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Perniagaan China-Brazil, Ronnie Lins berpendapat, saranan Xi tersebut menyuntik tenaga kepada pembangunan mapan blok berkenaan.

Seperti yang disyorkan Xi, BRICS membabitkan Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan akan membentuk sinergi dalam memperkasakan lagi kerjasama kesihatan awam dan vaksin COVID-19 supaya memastikan kesamarataan akses kepada produk kesihatan tersebut dijamin.

Lima entiti ekonomi baru muncul dunia itu diharap terus mengintensifkan kerjasama ekonomi demi situasi saling untung.

Selain kolaborasi dalam keselamatan dan politik, aktiviti interaksi sosiobudaya sesama anggota blok juga harus dimantapkan lagi.

Saranan berkenaan cerminan imej China selaku kuasa besar yang bertanggungjawab.

Pada saat ini, usaha mencegah penularan COVID-19 antara keutamaan seluruh dunia. China berjanji akan menyumbangkan 100 juta lagi dos vaksin kepada negara-negara membangun pada tahun ini.

Sesetengah kuasa Barat pendegil mentaliti hegemoni, sengaja menyebarkan virus politik di serata tempat, hingga mengganggu usaha sama global dalam mengendalikan wabak.

Presiden Xi menerusi ucaptamanya lantang dalam mempertahankan amalan multilateralisme dan menentang pencarian punca virus dicemari unsur politik, sekali gus merintis hala tuju yang jelas menuju kejayaan seluruh dunia dalam mengatasi wabak.

董筱娉