Langkah Praktikal AS, Kunci Majukan Hubungan dengan China

2021-09-11 15:39:40  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengadakan perbualan menerusi telefon dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Jumaat.

Dalam pada itu, pemimpin kedua-dua negara telah mengadakan komunikasi strategik secara jujur, mendalam dan meluas mengenai hubungan bilateral dan isu-isu yang menjadi perhatian bersama.

“Hubungan antara China dan AS bukan soal sama ada ia perlu dikendalikan dengan baik atau tidak, tetapi mengenai bagaimana memajukannya dengan baik,” kenyataan Xi dalam perbualan itu amat impresif.

Sesungguhnya, sebagai negara membangun dan negara maju terbesar, hubungan China dan AS berkaitan dengan masa depan dunia. Bagaimana mengendalikan hubungan bilateral ini dengan baik merupakan soalan sezaman yang harus dijawab kedua-dua negara.

Hubungan China dan AS kini terbantut akibat AS memegang persepsi yang salah daripada segi strategi, sehingga melihat China sebagai “musuh khayalan”. Negara itu juga tidak berhenti mencabar kepentingan teras China, dan mengenakan sekatan terhadap China di seluruh dunia.

Justeru, demi memulihkan hubungan, AS perlu membetulkan dasarnya yang salah, di samping menghentikan tindakan yang menjejaskan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan China.

Yang menarik perhatian khalayak ramai, Biden dalam perbualan itu telah mengeluarkan indikator positif yang mahu dialog dan kerjasama diperkasa, dengan menganggap hubungan dengan China sebagai ikatan bilateral paling penting, dan tiada alasan bagi kedua-dua negara terperangkap dalam konfrontasi akibat persaingan. 

Khalayak ramai juga mengingat akan  perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin pada awal tahun ini.

Ketika itu, Biden juga pernah menyatakan kesediaannya untuk mengelakkan konfrontasi dan salah anggap, namun AS telah memperhebat tindakan mengekang China dalam tempoh tujuh bulan lalu.

Oleh itu, berbanding apa yang diucapkan, perkara yang lebih penting adalah sama ada Washington akan menunaikan janjinya menerusi langkah praktikal.

张哲