Xi, Merkel Bual Menerusi Telefon

2021-09-11 14:49:48  CRI
Share with:

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, hubungan China-Jerman terus berkembang lancar sementara kerjasama melibatkan pelbagai bidang menunjukkan daya ketahanan yang kuat dalam senario penularan pandemik COVID-19, hingga membawa manfaat melimpah kepada rakyat.

Demikian dinyatakan Presiden China,  Xi Jinping ketika menghubungi Canselor Jerman, Angela Merkel melalui telefon pada Jumaat.

Xi berkata,  kedua-dua negara bersama-sama mendorong pemuktamadan perjanjian pelaburan China-Kesatuan Eropah (EU) mengikut jadual yang ditetapkan.

China dan Jerman juga membentuk sinergi untuk menegakkan multilateralisme, mempertahankan perdagangan bebas, menangani perubahan iklim, sekali gus menyumbang kepada keamanan dan kestabilan dunia.

Jerman diharap memandang perbezaan pendapat secara objektif dan mengendalikannya secara rasional bagi menggalakkan hubungan China-EU berkembang secara sihat dan berterusan.

Merkel menyatakan kesediaannya untuk mengekalkan komunikasi rapat dengan China, di samping bergabung tenaga mendorong perselisihan pendapat antara pihak-pihak terbabit ditangani secara baik melalui dialog.

Beliau menambah bahawa perjanjian pelaburan EU-China adalah saling menguntungkan, dan berharap perjanjian itu dapat dikuatkuasakan secepat mungkin.

Menyentuh situasi semasa Afghanistan, Merkel berkata pihaknya ingin mengukuhkan komunikasi dan koordinasi dengan China di bawah kerangka multilateral termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Xi pula menegaskan, China menentang amalan mencampuri urusan dalaman negara lain, dan bersedia bersama-sama masyarakat antarabangsa termasuk Jerman untuk membantu Afghanistan mewujudkan keamanan dan kestabilan yang berkekalan.

梁靓