Hungary Bina Fasiliti Hasilkan Vaksin Sinopharm

2021-09-12 14:18:15  CRI
Share with:

Hungary akan membina  fasiliti bagi mengeluarkan vaksin COVID-19 Kumpulan Farmaseutikal Nasional China (Sinopharm) di negara itu, dan projek berkenaan dijangka siap dalam masa sepuluh bulan.

Satu memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara itu telah ditandatangani Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Hungary dengan Sinopharm pada Jumaat.

Setiausaha negara kementerian itu,  Menczer Tamas menyifatkan vaksin sebagai senjata untuk melawan wabak COVID-19.

"Negara-negara yang mampu menghasilkan vaksin serta melaksanakan program vaksinasi secara besar-besaran akan lebih selamat," katanya. 

梁靓