Perhimpunan Agung PBB ke-76 Dirasmikan

2021-09-15 12:42:42  CRI
Share with:

Perhimpunan Agung PBB ke-76 Dirasmikan_fororder_1127863119_16316713677151n

Perhimpunan Agung (GA) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke-76 telah dirasmikan di ibu pejabatnya di New York, AS semalam waktu tempatan.

Pengerusi GA ke-76, Abdulla Shahid dalam ucapannya menyeru agar seluruh dunia memeluk “harapan” di samping merumuskan inti sari kerja masa depan sebagai lima “sinar harapan”, termasuk keluar dari wabak COVID-19, mendorong pembaikpulihan konsisten, menghadapi masalah alam sekitar seperti perubahan iklim, menghormati hak dan kepentingan semua insan serta membangkitkan semula PBB.

Perhimpunan Agung PBB ke-76 Dirasmikan_fororder_1127863119_16316713677761n

Setiausaha Agung PBB, António Guterres pula berharap pelbagai negara mempercepat langkah dalam usaha melawan wabak, berusaha menghadapi perubahan iklim dan menamatkan peperangan.

张宪