WildAid, CWCA Kempen Tolak Makan Haiwan Liar

2021-09-15 13:38:29  CRI
Share with:

WildAid, CWCA Kempen Tolak Makan Haiwan Liar_fororder___172.100.100.3_temp_9500031_1_9500031_1_1_9de5e5ba-2912-4553-a917-7128184068ed

WildAid dan Persatuan Perlindungan Haiwan Liar China (CWCA) pada Selasa melancarkan sebuah periklanan tunjangan dalam usaha menyeru orang awam untuk menolak alaman memakan haiwan liar.

Bertajuk "Jangan Jadi Penjenayah Alam", iklan tersebut yang menceritakan tentang kegigihan seorang "wira" dalam memelihara alam sekitar itu turut mempunyai visi agar tindakan praktikal dapat dilaksanakan untuk melindungi biodiversiti.

Duta Amal Penyelamat Haiwan Liar, Jackie Chan yang memegang watak sebagai "wira" menyatakan pendiriannya untuk menolak menjadi "penjenayah alam" dan menentang perdagangan haram haiwan liar menerusi siri aksi tipikalnya.

Pada hari yang sama,  Persidangan ke-15 Negara-negara Anggota Konvensyen Kepelbagaian Biologi (COP15) juga diumumkan akan dirasmikan di bandar Kunming, Provinsi Yunnan pada 11 Oktober.

Ketua Wakil WildAid ke Beijing, Yu Chong menyatakan bahawa haiwan liar mempunyai nilai yang tidak terkira terhadap sistem ekologi dan pembangunan manusia yang berterusan .

"Penganjuran COP15 membantu orang ramai memahami dan menumpukan isu ini.

"Kami juga akan mengadakan siri kempen untuk memperluaskan pengetahun yang berkaitan bagi meningkatan kesedaran masyarakat awam dalam memeliharan biodiversiti," ujar Yu lagi.

Difahamkan, iklan tunjangan "Jangan Jadi Penjenayah Alam" akan dipamerkan di lapangan terbang, stesen kereta api laju, subway, stesen bas dan skrin besar luaran di belasan bandar di serata China secara berperingkat-peringkat.

覃淼