Pasar Bunga Dounan, Pasar Bunga Terbesar di Asia

2021-09-15 16:41:38  CRI
Share with:

Pasar Bunga Dounan, Pasar Bunga Terbesar di Asia_fororder_斗南2

Pasar Bunga Dounan, Pasar Bunga Terbesar di Asia_fororder_斗南3

Pasar Bunga Dounan, Pasar Bunga Terbesar di Asia_fororder_斗南1

Digelar sebagai "bandar musim bunga",  Kunming yang merupakan ibu kota provinsi Yunnan cukup sinonim dengan kehadiran bunga segar sepanjang tahun.

Pekan Dounan yang terletak di bandar Kunming berubah dari sebuah kampung kecil menjadi pasar bunga terbesar di Asia dalam tempoh 30 tahun yang banyak melonjak pendapatan petani tempatan.

Tatkala pekebun bunga generasi lama masih suka menjual bunga secara fizikal, generasi modern pula telah menerokai pasaran bunga dengan menjual bunga secara "live" dalam talian.

Sekarang, terdapat lebih 3000 syarikat dan penjual serta lebih 50 syarikat logistik di pasar bunga Dounan dengan jumlah penjualan bunga segar mencatat 3.1 bilion kuntum pada setengah tahun pertama tahun ini.

胡星