Xi: Memacu Pembangunan Hijau dan Karbon Rendah

2021-09-15 15:08:02  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah mengadakan tinjauan di syarikat Industri Kimia Yulin di bawah kumpulan China Energy di bandar Yulin, provinsi Shaanxi pada Isnin lalu. Beliau menegaskan industri sumber tenaga perlu dikembangkan secara  berterusan bagi menyokong pembangunan pemodenan negara. Pembangunan industri arang batu perlu dinaiktaraf untuk berkembang secara hijau dan karbon rendah. Dengan berbuat sedemikian, sumber, tenaga dan alam tidak akan dieksploitasi secara melampau, dan juga berfaedah bagi mencapai matlamat puncak karbon dan neutral karbon, selaras dengan keperluan membina komuniti berkongsi nasib sesama insan sekali gus menjadikan bumi kita terpelihara.

曹捷