'Sesi testimoni' kedua yang diadakan dalam apa yang disebut “Tribunal Khas Uygur”berakhir di Britain pada 13 September waktu tempatan.Apa yang disebut 'sesi testimoni' yang diadakan dalam tribunal palsu itu sama sekali bukan prosedur kehakiman, melainkan satu farsa arahan sendiri yang bersifat anti-China.
Menurut laporan berkenaan, “Tribunal Khas Uygur”adalah sebuah pertubuhan kalangan rakyat yang ditubuhkan di Britain dalam bentuk syarikat swasta, dengan dibiayai Kongres Uygur Sedunia (WUC), pertubuhan anti-China yang mengheboh-hebohkan pemisahan Xinjiang daripada China.Sejak hari ditubuhkan, pertubuhan itu memilih bersubahat dengan Gerakan Islam Turkestan Timur ( GITT ), pertubuhan yang dikenalpasti sebagai pertubuhan keganasan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), untuk merancangkan aktiviti keganasan dan pemisahan di Xinjiang. Menurut maklumat selanjutnya, The National Endowment for Democracy Amerika Syarikat (AS) adalah penaja WUC.
Sesi testimoni kedua tribunal tersebut diadakan justeru selepas hari peringatan ulang tahun ke-20 peristiwa '11 September'. Kelompok anti-China memilih masa yang senstif ini untuk memfitnah Xinjiang bukan sahaja merupakan campur tangan terhadap urusan dalaman China secara keras, malahan juga hinaan terang-terangan terhadap hasil anti-keganasan sejagat.
Jelas sekali, tribunal palsu itu diperalatkan oleh kem Barat yang diketuai AS sebagai satu catur untuk melakukan manipulasi politik.
Tidak kira bagaimana disamar, hakikatnya sebagai sebuah tribunal palsu tidak akan berubah. Kelompok anti-China daripada Barat yang menopang pengganas dinasihati jangan bertindak sia-sia. Adakah mereka masih mahu mengecapi rasa pahitnya kerana bersikap pilih kasih dalam tindakan anti-keganasan?