Wahana Perkongsian Berita Media China-SCO Beroperasi

2021-09-16 13:14:59  CRI
Share with:

Wahana Perkongsian Berita Media China-SCO Beroperasi_fororder_1631754425187_574_1920x1080

Sempena ulang tahun ke-20 Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), “Wahana Perkongsian Berita Media China-SCO” yang diinisiatifkan China Global Television Network (CGTN ) di bawah kendalian China Media Group (CMG) telah beroperasi hari ini.

Wahana Perkongsian Berita Media China-SCO Beroperasi_fororder_1631754116629_300_1828x1026

Presiden CMG, Shen Haixiong, Ketua Setiausaha SCO, Vladimir Imamovich Norov dan pegawai media arus perdana dari anggota SCO termasuk Rusia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Uzbekistan, Pakistan dan India telah menghadiri upacara perasmian secara dalam talian.

Shen menegaskan bahawa wahana tersebut telah diberi perhatian dan sokongan daripada 35 buah media arus perdana pelbagai negara. Dengan adanya wahana ini, badan media dari China dan anggota SCO akan bersama-sama melindungi order penyiaran berita yang objektif dan adil di samping memainkan peranan sewajarnya sebagai media yang memikul tanggungjawab. Menurut beliau, CMG akan teru mengekalkan kerjasama bertaraf tingi dengan badan media pelbagai negara SCO dalam perkongsian maklumat, pembuatan dan penyiaran bersama, urus niaga hak cipta intelek, pengajian teknologi dan pertukaran modal insan.

Wahana Perkongsian Berita Media China-SCO Beroperasi_fororder_1631754136276_752_1920x1080

Pegawai dari media arus perdana anggota SCO dalam ucapan masing-masing pula menyatakan SCO telah berkembang menjadi pertubuhan antarabangsa baharu yang berpengaruh besar. Wahana tersebut dijangka akan mendorong kerjasama SCO yang lebih rapat dalam bidang media.

张宪