China Tetap 'Tonggak Istimewa' Pertumbuhan Ekonomi Sejagat

2021-09-16 15:15:57  CRI
Share with:

China Tetap 'Tonggak Istimewa' Pertumbuhan Ekonomi Sejagat_fororder_微信图片_20210916151449

Menurut data ekonomi kebangsaan bulan Ogos yang dikeluarkan pihak berkuasa China semalam, indeks makro ditunjukkan berada pada julat yang munasabah, keadaan pengambilan kerja dan harga barangan adalah stabil, prestasi ekonomi dikekalkan trend pemulihan, dan pembangunan keseluruhan kelihatan konsisten. Serentak itu, seiring dengan transformasi dan penaiktarafan struktur ekonomi serta pelaksanaan tindakan yang inovatif,  terdapat semakin banyak faktor yang berfaedah bagi menyokong pemulihan ekonomi dan mendorong perkembangan ekonomi dengan stabil di negara ini.

 

China Tetap 'Tonggak Istimewa' Pertumbuhan Ekonomi Sejagat_fororder_微信图片_20210916151501

Syarikat yang inovatif  yang memanfaatkan 'dividen' dari dasar makro dan suasana perniagaan yang makin baik, bertambah dengan cepat dalam pasaran China, dan turut menjadi tenaga penggerak yang konsisten bagi ekonomi China.

Serentak itu, permintaan domestik tetap memberikan sokongan yang kuat kepada ekonomi China.

Walaupun wabak COVID-19 masih berleluasa, China tetap memilih terus meningkatkan tahap keterbukaan yang  dilihat sebagai sumbangan besar dalam merangsang ekonomi dunia. Jumlah perdagangan luar China pada bulan Ogos telah mencipta rekod baharu berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Selain itu, China tetap menjadi destinasi pelaburan asing yang berbaloi justeru berkat peningkatan tahap keterbukaan.

Baru-baru ini, Black Rock sebagai salah satu kumpulan pengurusan modal yang berskala paling besar di dunia mengeluarkan satu laporan yang menyatakan bahawa berbanding dengan negara lain, China menyengat dalam menangkis wabak COVID-19 dan telah menjadi 'tonggak istimewa' untuk memacu pertumbuhan ekonomi sejagat.

曹捷